Facebook Badge

Monday, May 20, 2013

OSHAS 18001:2007



SISTEM PENGURUSAN

Sistem pengurusan boleh didefinisikan sebagai ;
  • struktur organisasi,
  • tanggungjawab,
  • prosedur,
  • amalan,
  • proses,
  • aktiviti
  • sumber
Diperlukan untuk pembangunan, kejayaan dan pengekalan dasar dan objektif sesebuah organisasi
·     Ini bermakna organisasi yang mempunyai amalan sistem pengurusan merupakan organisasi yang mempunyai struktur yang teratur dan lebih efisien pentadbiran organisasinya berbanding organisasi yang tidak mengamalkan sistem pengurusan.
·    Ini kerana organisasi tersebut mempunyai satu bentuk garis panduan yang boleh diikuti secara formal untuk mencapai dasar dan matlamat organisasi
·        Selama dua dekad kebelakangan ini, terdapat beberapa model sistem pengurusan yang telah dibentuk dan dibangunkan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa khusus untuk perlaksanaan sistem pengurusan kepada organisasi.
·         ISO 9001:2000, ISO 14001:2004, MS1722:2005, OHSAS 18001:2007

OHSAS 18001?

  • Satu sistem pengurusan tentang bagaimana peranan organisasi dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja.
  • Sebahagian daripada sistem pengurusan ini memudahkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dikawal dan dipantau oleh organisasi tersebut.
  • Ini termasuklah struktur organisasi, aktiviti perancangan, tanggungjawab, praktis, proses dan sumber untuk pembangunan, implementasi, pencapaian, penilaian dan pengekalan polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
SEJARAH
  • Konsep Du Pont (kemalangan sifar) (1818) 40 org maut
  • 1999 – BSI (Guide to Occupational and Safety Management (BS 8800)
  • 1999 – OH&SMS: AS/NZS 4804
  • 2000 – NZS 4801
  • 1999 – OHSAS 18001
  • 2001 – Guideline on occupational safety and health management system (ILO/OSH)  -MS1722
OSHAS 18001
  • Bukan piawaian antarabangsa
  • Diadaptasi dari BS 8800
  • Dibangunkan oleh beberapa negara sahaja
  • Diberi pensijilan/ILO/OSH tidak diberi pensijilan
  • Di Malaysia bermula pada tahun 2000
  • Tanggungjawab SIRIM QAS Berhad
TUJUAN OSHAS 18001
  • Mengurangkan kemalangan
  • Meningkatkan perkhidmatan/produk
  • Meningkatkan pemikiran dan kesedaran
  • Meningkatkan tahap kepatuhan terhadap keperluan perundangan
  • Kewujudan bukti terhadap penyusunan secara sistematik dalam organisasi (polisi/manual/prosedur/arahan kerja dsb)

ELEMEN OSHAS 18001

·         4.1 Keperluan Umum

·         4.2 Polisi OHS

·         4.3 Perancangan

§  4.3.1 Identifikasi hazard, penilaian risiko dan menentukan kawalan

§  4.3.2 Keperluan Perundangan

§  4.3.3 Objektif dan Program

  • 4.4 Pelaksanaan dan Operasi

§  4.4.1 Sumber, peranan, tanggung  jawab, akauntabiliti dan autoriti

§  4.4.2 Kompetensi, latihan dan kesedaran

§  4.4.3 Komunikasi, penglibatan dan perundingan

§  4.4.4 Dokumentasi

§  4.4.5 Pengawalan dokumen

§  4.4.6 Pengawalan operasi

    • 4.4.7 Persediaan kecemasan dan respon
  • 4.5 Pemeriksaan
    • 4.5.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan
    • 4.5.2 Penilaian pematuhan
    • 4.5.3 Penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan
    • 4.5.4 Kawalan rekod
    • 4.5.5 Audit dalaman

·                       4.6 Penilaian Semula Pengurusan


4.1 Keperluan Umum

  • Organisasi harus menetapkan, mendokumentasikan, menerapkan, memelihara dan meningkatkan secara berterusan  sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sesuai dengan keperluan standard OHSAS dan menentukan bagaimana sistem tersebut memenuhi keperluan.
  • Organisasi harus menentukan dan mendokumentasikan skop sistem pengurusan OHS.
4.2 Polisi OHS

Pengurusan atasan harus menetapkan dan mengesahkan polisi OSH dan menjamin bahwa polisi tersebut:
a)    Sesuai dengan sifat dan skala risiko OHS yang ada di organisasi masing-masing
b)    Mencakupi komitmen untuk mencegah kecederaan dan penyakit pekerjaan secara berterusan meningkatkan sistem pengurusan OSH dan pencapaian OSH.
c)    Mencakupi komitmen sekurang-kurangnya terhadap kepatuhan perundangan dan peraturan lain yang sesuai
d)    Memberi kerangka untuk menetapkan dan mencapai objektif
e)    Di dokumentasikan, dilaksanakan dan dipelihara/kekal
f)     Di komunikasikan kepada semua orang yang bekerja dibawah kawalan organisasi agar mereka menyadari kewajiban mereka terhadap OSH;
g)    Terbuka bagi pihak-pihak yang berkepentingan; dan
h)    Dinilai semula secara berkala untuk menjamin bahwa polisi tersebut masih relevan dan tepat bagi organisasi

4.3 Perancangan
4.3.1 Identifikasi hazard, penilaian risiko dan menentukan kawalan

Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur-prosedur untuk identifikasi hazard secara berterusan, penilaian risiko dan menentukan kawalan yang diperlukan.
Prosedur-prosedur untuk identifikasi bahaya dan penilaian risiko harus mempertimbangkan:
a)    Aktiviti rutin dan bukan-rutin
b)    Aktiviti semuayang mempunyai akses ke tempat kerja (termasuk kontraktor dan pengunjung)
c)    Tingkahlaku manusia, kemampuan dan faktor-faktor manusia lainnya.
d)    Bahaya yang telah dikenalpasti berpunca dari luar tempat kerja yang dapat merugikan kesihatan dan keselamatan orang-orang di tempat kerja.
e)    Bahaya di persekitaran tempat kerja yang dihasilkan oleh aktiviti di tempat kerja
f)     Infrastruktur, peralatan dan bahan di tempat kerja, baik yang dihasilkan oleh organisasi atau oleh pihak lain;
g)    Perubahan-perubahan atau cadangan perubahan dalam organisasi, aktiviti atau bahan .
h)    Perubahan dari sistem pengurusan OSH, termasuk perubahan sementara dan kesan dari perubahan tersebut bagi operasi, proses dan aktiviti;
i)      Semua keperluan perundangan berkait dengan penilaian risiko dan kawalan yang diperlukan;
j)      Rekabentuk kawasan kerja, proses, pemasangan, peralatan, prosedur operasional dan pengaturan kerja, termasuk penyesuaiannya dengan kemampuan manusia

Metodologi untuk identifikasi hazard dan penilaian risiko harus:
  •  Penentuan skop, sifat, masa untuk menjamin agar identifikasi hazard dan penilaian risiko dilakukan secara pro-aktif, bukan reactif; dan
  •  Memberi panduan untuk identifikasi, keutamaan dan dokumentasi risiko, dan penentuan kawalan dimana sesuai.
§  Untuk perubahan pengurusan, organisasi harus mengenalpasti hazard dan risiko OSH yang berhubungan dangan perubahan-perubahan dalam organisasi, sistem pengurusan atau aktiviti sebelum perubahan-perubahan tersebut dibuat.
§  Organisasi harus menjamin bahawa hasil dari penilaian dipertimbangkan dalam menentukan kawalan.
Ketika menentukan kawalan, atau ingin mengubah kawalan sedia ada, pertimbangan harus dibuat untuk mengurangkan risiko menurut hirarki seperti berikut:
  •  Menyingkirkan atau menghapuskan
  •  Penggantian
  •  Kawalan kejuruteraan
  • Tanda/amaran atau kawalan pentadbiran
  •  Pemakaian alat pelindung diri (PPE)

4.3.2 Keperluan Perundangan dan Peraturan Lain
  • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk mengenlapasti dan mengakses perundangan dan peraturan yang berkaitan bagi organisasi masing masing.
  • Organisasi harus menjamin agar perundangan dan peraturan tersebut dipertimbangkan dalam menetapkan, menerapkan dan memelihara sistem pengurusan OSH.
  • Organisasi harus menjaga agar maklumat perundangan adalah terkini.
  • Organisasi harus memaklumkan maklumat yang relevan berkait perundangan tersebut kepada personal yang bekerja dalam kawalan  organisasi dan kepada pihak-pihak lain yang berkepentingan.
4.3.3 Objektif dan program
  • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara objektif yang terdokumentasi, pada fungsi dan level yang relevan dalam organisasi.
  • Objektif  harus boleh diukur, dimana yang sesuai dan konsisten dengan polisi OSH, termasuk komitmen untuk mencegah terjadinya kecederaan atau masalah kesihatan, untuk sesuai dengan peraturan dan perundangan untuk peningkatan berterusan
  • Semasa menentukan dan menilai objektif, organisasi harus mempertimbangkan peraturan dan perundangan lain serta risiko OSH.  Organisasi juga harus mempertimbangkan pilihan-pilihan teknologi yang tersedia, masalah kewangan, operasi dan peraturan perniagaan serta pandangan-pandangan dari pihak-pihak yang berkepentingan.
  • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara program-program untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program harus mencakupi secara minimumnya:
§  Penentuan tanggung jawab dan autoriti untuk mencapai objektif pada fungsi dan level yang relevan dalam organisasi, dan
§  Cara dan tempoh masa objektif tersebut akan dicapai.
  • Program-program harus dinilai secara berkala dan dirancang  harus di sesuaikan bila diperlukan untuk menjamin objektif tersebut dapat tercapai
  •  
  • 4.4 Pelaksanaan dan Operasi
    4.4.1 Sumber, peranan, tanggung  jawab, akauntabiliti dan autoriti

    • Pengurusan atasan harus mengambil tanggung jawab tertinggi untuk OSH dan sistem pengurusan OSH.
    • Pengurusan atasan harus menunjukkan komitmennya dengan cara:
    a)    Memastikan wujudnya sumber yang penting untuk menetapkan, menerapkan, memelihara dan meningkatkan sistem pengurusan OSH.
    §  Catatan 1: Sumber mencakupi sumber manusia dan kemahiran khusus, infrastruktur, teknologi dan kewangan.
    b)    Menentukan peranan, mengagihkan tanggungjawab dan akauntabiliti, serta menurunkan kuasa/autoriti untuk memastikan keberkesanan sistem pengurusan OSH.  Peranan, tanggung jawab dan akuntabiliti, dan autoriti harus didokumentasikan dan dikomunikasikan.
    §  Pengurusan atasan harus mengambil tanggung jawab tertinggi untuk OSH dan sistem pengurusan OSH.
    §  Pengurusan atasan harus menunjukkan komitmennya dengan cara:

    ·    Organisasi harus melantik ahli dalam kumpulan pengurusan atasan  dengan tanggung khusus untuk OSH, yang mempunyai peranan dan tangung jawab untuk (diluar tanggung jawab lainnya):

    §  Memastikan bahawa sistem pengurusan OSH ditetapkan, diterapkan dan dipelihara sesuai dengan standard OHSAS ini.
    §  Memastikan agar laporan-laporan pencapaian sistem pengurusan OSH di berikan kepada pengurusan atasan untuk dinilai dan digunakan sebagai dasar peningkatan sistem pengurusan OSH.

    Jawatankuasan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Identiti pengurusan atasan yang dilantik mestilah dikenal dan mudah dihubungi oleh semua pekerja di bawah pengawalan organisasi.
    • Kesemua pihak pengurusan atasan mestilah menunjukkan komitmen mereka untuk peningkatan secara berterusan OSH.
    • Orgnisasi harus memastikan agar orang-orang di tempat kerja mengambil tanggung jawab terhadap aspek-aspek OSH yang berada dalam kawalan mereka dan patuh kepada peraturan OSH sedia ada.
    §  Catatan 2: Perlantikan pengurusan atasan (dalam organisasi besar, contoh Ahli Lembaga Pengarah atau Ahli Eksekutif) yang  dapat mewakilkan tugas-tugas mereka kepada pengurusan di bawah mereka dan pada masa yang sama tetap bersifat akuntabiliti.
    • Tanggungjawab perlu dikenalpasti dan dinyatakan
    • Wakil Pengurusan bertanggungjawab
    §  Memastikan OSH dibangunkan, dilaksanakan dan dipelihara
    • Melaporkan kepada pihak atasan berkenaan dgn pencapaian pelaksanaan OHS dan sebarang peningkatan yg diperlukan
    • Memastikan kesedaran terhadap OSH diwujudkan
    • Berurusan dgn pihak luar unutk perkara yg melibatkan OSH
    • Pihak pengurusan mestilah memastikan proses komunikasi di dalam organisasi untuk memastikan keberkesanan OSH.

    4.4.2 Kompetensi, latihan dan kesedaran
    ·   Organisasi harus memastikan agar semua orang yang bekerja di bawah kawalan organisasi, yang melakukan pekerjaan yang  berpotensi memberikan impak kepada OSH adalah orang-orang yang berkompeten sama ada dari aspek;
    ·         Pendidikan, latihan atau pengalaman.
    ·         Organisasi harus menyimpan rekod maklumat berkaitan  kompetensi tersebut.
    ·      Organisasi harus mengenalpasti keperluan latihan yang berkait dengan risiko OSH dan sistem pengurusan OSH. 
    ·   Organisasi harus memberikan latihan atau tindakan lain untuk memenuhi keperluan tersebut, menilai keberkesananya dan menyimpan rekod terkait.
    ·     Organsiasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk membuat orang-orang yang bekerja di bawah kawalan  organsiasi sedar akan:
    §  Kesan OSH, samada kesan sebenar atau potensi, hasil aktiviti dan tingkahlaku pekerja dan  keuntungan yang diperoleh dari peningkatan pencapain personal.
    §  Peranan dan tanggung jawab serta pentingnya mencapai polisi OHS, prosedur dan keperluan sistem pengurusan OHS termasuklah persediaan kecemasan dan keperluan persiapan ERP. 
    §  Kesan berpotensi apabila mengabaikan prosedur yang telah ditetapkan.
    • Prosedur latihan harus mempertimbangkan perbezaan dalam hal:
    §  Tanggung jawab, kemampuan, kemahiran berbahasa dan tulisan
    §  Risiko

    4.4.3 Komunikasi, penglibatan dan perundingan
    4.4.3.1 Komunikasi
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk:
    §  Komunikasi internal antara pelbagai level dan fungsi dalam organisasi
    §  Komunikasi dengan kontraktor dan pelawat di tempat kerja lain.
    §  Menerima, mendokumentasi dan respon dengan komunikasi yang relevan dari pihak-pihak luar yang berkepentingan
    ·         Komunikasi
    §  Komunikasi Dalam
    ·         Dlm organisasi (pengurusan atasan, pertengahan, bawahan)
    §  Komunikasi Luaran
    ·         Pihak berkepentingan, audit luar, pihak akreditasi dll
    ·         Komunikasi mestilah bersifat dua hala dan pelbagai.
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk:
    a)    Penglibatan  para pekerja melalui:
    ·         Keterlibatan yang cukup dalam pengenalpastian hazard, penilaian risiko dan dalam penentuan kawalan
    ·         Keterlibatan yang cukup dalam penyiasatan kemalangan
    ·         Keterlibatan dalam pembangunan dan penilaian semula polisi dan objektif  OSH.
    ·         Perundingan bila ada perubahan-perubahan yang mempengaruhi OSH
    ·         Perwakilan dalam hal berkaitan OSH
    ·         Pekerja mestilah dimaklumkan tentang penyusunan keahlian termasuklah siapa yang seharusnya menjadi wakil dalam hal-hal berkaitan OSH (Wakil/organisasi/kesatuan sekerja )

    b)    Perundingan  dengan kontraktor bila ada perubahan-perubahan yang mempengaruhi OSH.
    • Organisasi harus memastikan bahawa, bila dianggap perlu/sesuai, pihak-pihak luar yang berkepentingan dan relevan dikonsultasikan mengenai hal-hal berkait dengan OSH.

    4.4.4 Dokumentasi
    • Dokumentasi sistem pengurusan OSH harus mencakupi:
    a)    Polisi dan objektif OSH
    b)    Penjelasan tentang skop OSH
    c)    Elemen-elemen utama sistem pengurusan OSH dan interaksinya, dan rujukan dokumennya.
    d)    Dokumen, termasuk rekod, yang diperlukan oleh standard OSH ini.
    e)    Dokumen, termasuk rekod, yang dianggap perlu oleh organisasi untuk menjamin perancangan, operasi dan proses kawalan  yang efektif berkait dengan pengurusan dan risiko OSH.
    • Catatan: Amat penting dokumentasi dibuat bersesuain dengan tahap kesukaran, hazard dan risiko yang ada, dan mematuhi keperluan minima,  untuk efektif dan cekap.
    OSH mestilah mengandugi;
    1. Kenyataan yg didokumenkan mengenai polisi dan objektif
    2. Manual OSH
    3. Prosedur yg didokumenkan yg dikehendaki oleh standard antarabangsa
    4. Dokumen yg diperlukan oleh organisasi utk memastikan perancangan, implementasi dan tindakan korektif yg efektif
    5. Rekod-rekod yg diperlukan oleh standard.

    4.4.5 Pengawalan dokumen
    • Dokumen yang diperlukan oleh sistem pengurusan OSH dan standard OHSAS ini harus dikawal. Rekod  adalah jenis khusus dokumen dan harus dikawal sesuai dengan klausa 4.5.4.
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk:
    §  Penesahan kelayakan dokumen sebelum diterbitkan
    §  Penilaian dan pembaharuan dokumen bila diperlukan dan pengesahan semula dokumen
    §  Menjamin bahawa perubahan dan status penilaian semula  dokumen teridentifikasi (diketahui)
    §  Menjamin bahawa versi yang relevan dari dokumen sedia boleh di gunakan
    §  Menjamin bahawa dokumen dapat dibaca /difahami dan dikenali dengan mudah
    §  Menjamin bahawa dokumen asal, yang ditentukan oleh organisasi perlu untuk perancangan dan operasi sistem pengurusan OSH, diidentifikasi dan pengedarannya dikawal
    §  Mencegah penggunaan dokumen yang tidak digunakan lagi  dan melakukan penandaan dengan cara yang tepat bila dokumen tersebut tersebut di simpan untuk tujuan tertentu.

    Pengurusan atasan mesti menyediakan prosedur;
    1. Pengesahan dokumen sebelum dikeluarkan
    2. Disemak, dikemaskini dan disahkan semula sekiranya perlu
    3. Memastikan salinan dokumen yg berkaitan berada ditempat yg diperlukan shj
    4. Memastikan dokumen mudah difahami, boleh dikenalpasti dan dikawal pengedarannya

    4.4.6 Pengawalan operasi
    • Organisasi harus menentukan operasi dan aktiviti yang berkait dengan hazard yang telah dikenalpasti,. Semua operasi dan aktiviti tersebut memerlukan kawalan untuk menangani risiko OSH. Perubahan-perubahan terhadap aktiviti dan operasi tersebut juga harus diurus (rujuk klausa 4.3.1)
    • Untuk operasi dan aktifitas tersebut, organisasi harus menerapkan dan memelihara:
    a.    Penerapan kaedah pengawalan operasi.  Organisasi harus mengintegrasikan pengawalan  operasi dalam sistem pengurusan OSH  secara keseluruhan
    b.    Pengawalan berhubung dengan barangan,  peralatan dan perkhidmatan yang dibeli,
    c.    Perngawalan terhadap  kontraktor dan pengunjung lain ke lokasi kerja
    d.    Mendokumenkan prosedur, diperlukan bila dianggap bahawa ketiadaan prosedur dapat membuat penyimpangan terhadap polisi dan objektif OSH
    e.    Kriteria operasi, bila dianggap bahwa ketiadaan kriteria dapat membuat penyimpangan terhadap polisi dan objektif OSH.

    4.4.7 Persediaan Kecemasan dan Respon
    ·         Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur
    o   Untuk mengenalpasti potenis berlakun ya situasi kecemasan
    o   Untuk bertindakbalas/respon terhadap situasi kecemasantersebut
    ·         Organisasi harus bertindakbalas terhadap situasi kecemasan sebenar dan mencegah atau mengurangkan kesan OHS kepada organisasi.
    • Dalam merancang tindakbalas terhadap  kecemasan, organisasi harus mempertimbangkan pihak-pihak lain  yang relevan, seperti perkhidmatan kecemasan dan kejiranan.
    • Organisasi juga harus menguji prosedur tindakbalas kecemasan secara berkala dengan, bila memungkinkan, melibatkan pihak-pihak yang berkepentingan.
    • Organisasi harus meninjau prosedur tersebut secara berkala dan melakukan perubahan-perubahan bila diperlukan, khususnya setelah pengujian prosedur dan setelah berlakunya situasi kecemasan (lihat 4.5.3).
    • Tindakan Perlu Dalam 4.4.7
    §  Menyediakan potensi/peluang berlakunya insiden & Kecemasan (pengalaman lepas, perbincangan, mesyuarat, check list) bagi setiap proses & akttiviti.
    §  Langkah pencegahan (berikan prevention action terhadap proses & aktiviti)
    §  Langkah semasa berlakunya kecemasa (Latihan kebakaran, kemalangan, perubatan dsb)
    §  Menilai semula
    §  Menguji semula plan tindakan sesuai @ tidak

    4.5 PEMERIKSAAN
    4.5.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk memantau dan mengukur pencapaian OSH secara teratur. Prosedur tersebut harus menyediakan:
    §  Pengukuran kualitatif dan kuantitatif  yang sesuai dengan keperluan organisasi
    §  Pemantauan tahap pencapaian objektif OSH
    §  Pemantauan terhadap keberkesanan kawalan  (sama ada untuk kesihatan atau keselamatan)
    §  Pengukuran pencapaian yang bersifat proaktif yang memantau kesesuaian dengan program-program OSH, kawalan dan kriteria operasi
    §  Pengukuran pencapaian yang bersifat reaktif yang memantau keadaan kesihatan yang buruk, insiden (termasuk kemalangan dan kemalangan nyaris, dll.) dan bukti-bukti sejarah lain tentang kelemahan OSH.
    §  Rekod  data dan hasil dari pemantauan dan pengukuran yang cukup untuk dijadikan bahan analisis tindakan korektif  dan pencegahan selanjutnya.
    • Jika peralatan diperlukan untuk  pemantauan atau pengukuran pencapaian, organisasi harus menetapkan dan memelihara prosedur untuk mengkalibrasi dan memelihara peralatan tersebut dengan layak. Rekod kalibrasi dan pemeliharaan dan hasilnya harus disimpan.

    4.5.2 Penilaian pematuhan
    ·         Konsistendengan komitmen organisasi untuk sesuai dengan perundangan dan peraturan  lain yang berkaitan dengan OSH, organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk menilai kesesuaian dengan perundangan berkait dengan OSH secara berkala (lihat 4.3.2)
    • Organisasi harus menyimpan rekod hasil dari penilaian berkala tersebut.
    • Catatan: frekuensi masa penilaian mungkin berbeza  bagi setiap perundangan yang digunakan.
    • Organisasi harus menilai kesesuaian dengan  perundangan OSH lain yang berlaku bagi organisai (lihat 4.3.2). Organisasi dapat menggabungkan penilaian ini dengan penilaian pematuhan terhadap peraturan yang disebut dalam klausa 4.5.2.1 atau membuat prosedur yang terpisah.
    • Organisasi harus menyimpat rekod hasil penilaian
    • Catatan: frekuensi masa penilaian mungkin berbeza  bagi setiap perundangan yang digunakan oleh organisasi

    4.5.3 Penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan
    4.5.3.1 Penyiasatan insiden
    • Organsiasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk merekod, mennyiasat dan menganalisis insiden untuk:
    o   Menentukan ketidaklayakan OSH yang menjadi penyebab dan faktor lain yang dapat menyebabkan atau memberi penyebab terjadinya insiden.
    o   Mengenalpasti keperluan tindakan pembetulan
    o   Mengenalpasti peluang untuk tindakan pencegahan
    o   Memaklumkan hasil penyiasatan
    ·         Penyiasatan harus dilakukan pada masa yang tepat dan sesuai.
    ·     Setiap keperluan tindakan pembetulan atau peluang untuk tindakan pencegahan harus  dibuat  sesuai dengan klausa 4.5.3.2

    4.5.3.2 Ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk menangani ketakakuran sebenar dan yg berpotensi untuk melakukan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan. Prosedur harus menetapkan keperluan untuk:
    a)    Mengenalpasti dan membetulkan ketakakuran dan melakukan tindakan untuk meminimumkan kesan OSH.
    b)    Mengenalpasti ketakakuran, menentukan penyebab dan melakukan tindakan untuk kejadian berulang.
    c)    Menilai keperluan tindakan untuk mencegah ketakakuran dan menerapkan tindakan yang sesuai untuk menghindari kejadian.
    d)    Merekod dan memaklumkan hasil tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.
    e)    Meninjau keberkesanan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan yang diambil.
    • Apabila tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan mengenalpasti wujudnya  bahaya baru atau bahaya yang berubah yang memerlukan perubahan terhadap kawalan, prosedur harus mensyaratkan agar penilaian risiko dilakukan sebelum tindakan dilaksanakan.
    • Tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan yang diambil untuk menhilangkan penyebab dari katakuran sebenar dan yang berpotensi harus sesuai dengan tahap masalah dan sepadan dengan risiko OSH yang dihadapi.
    • Organisasi harus memastikan setiap perubahan yang terjadi disebabkan  tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan disertai dengan perubahan dokumentasi sistem OSH yang diperlukan.

    4.5.4 Kawalan Rekod
    • Organisasi harus menetapkan dan memelihara  rekod yang diperlukan untuk menunjukkan kesesuaian terhadap keperluan  sistem pengurusan OSH organisasi dan terhadap standar OHSAS ini, dan untuk menunjukkan hasil-hasil yang dicapai.
    • Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk mengenalpasti, menyimpan, melindungi, mengakses dan melupuskan rekod.
    • Rekod  harus dijaga agar tetap dapat dibaca, dikenalpasti dan dikesan.

    4.5.5 Audit Dalaman
    • organisasi dikehendaki untuk mengukuhkan dan mengekalkan prosedur program-program pengauditan serta jangkamasa audit OH&S hendak dijalankan. Prosedur tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut;
    • Mengenalpasti sama ada ianya sistem pengurusan OH&S atau tidak
    §  Memastikan pelan perancangan untuk pengurusan OH&S termasuklah keperluan spesifikasi OHSAS
    §  Pengekalan dan perlaksanaan yang baik
    §  Keberkesanan objektif dan polisi organisasi
    • Menilai semula hasil keputusan audit lepas
    • Menyediakan informasi tentang keperluan audit kepada pihak pengurusan atasan organisasi.
    • Program audit harus dirancang, ditetapkan, diterapkan dan dipelihara oleh organisasi, didasarkan pada hasil penilaian risiko dari aktiviti organisasi dan pada hasil audit sebelumnya.
    • Prosedur audit harus ditetapkan, diterapkan dan dipelihara, mencakupi:
    §  Tanggung jawab, kompetensi dan syarat-syarat dalam perancangan dan pelaksanaan audit, pelaporan hasil audit dan penyimpanan rekod  berkaitan.
    §  Penentuan kriteria audit, skop, kekerapan dan metod
    • Pemilihan auditor dan pelaksanaan audit harus menjamin objektif dan  impartiality (tidak berat sebelah) proses audit.

    4.6 Penilaian Semula Pengurusan
    • Pengurusan atasan harus menilai sistem pengurusan OSH pada perancangan tertentu (selang masa) , untuk menjamin kesesuian sistem, kelayakan dan keberkesanan.
    • Penilaian semula  harus mencakupi penilaian peluang untuk peningkatan dan keperluan perubahan sistem pengurusan OSH, termasuk polisi dan objektif OSH K3. 
    • Rekod Penilaian semula harus  dipelihara.
    • Input penilaian semual pengurusan atasan harus mencakupi:
    a)    Hasil audit dalaman dan hasil dari penilaian  kesesuaian dengan keperluan perundangan dan keperluan  lain.
    b)    Hasil dari penyertaan dan perundingan  (Rujuk 4.4.3)
    c)    Komunikasi relevan dengan pihak luar yang berkepentingan, termasuk aduan,
    d)    Pencapaian OSH organisasi,
    e)    Peningkatan pencapaian objektif
    f)     Status penyiasatan insiden, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan,
    g)    Tindakan lanjut dari penilaian semula pengurusan sebelumnya,
    h)    Hal-hal yang berubah, termasuk perkembangan perundangan dan keperluan yang bersabit dgn OSH, dan
    i)      Cadangan untuk peningkatan.

     

4 comments:

  1. salam, boleh tak sy nk dpt info ckit mengenai OHSAS 18001? Company saya nk apply OHSAS 18001, boleh tak saya tau adakah training perlu diberikan dahulu sebelum procedure dan lain2 di buat?

    ReplyDelete
  2. Salam cik Ain Nadimin..cik ain boleh refer kepada NIOSH di bawah bahagaian OSH Managment Division di talian 03-87692136 ataupun email oshmd@niosh.com.my..bahagian kami menjalankan khidmat rundingan untuk pembangunan oshms OHSAS 18001 dan juga other managment system..

    ReplyDelete
  3. Blog yg bagus, untuk sertifikasi OHSAS bisa menghubungi
    Sertifikasi OHSAS 18001


    (Y)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...